Feb 28, 2011

Aku Penganggur

As Salam;


Bangga kah aku menjadi seorang penganggur? Hina kah aku sebagai penganggur??


Orang nak kata apa...bia kannnnn--- *ala ala style dalam citer Bujang Lapok haha


Aku bukannya suka suka nak jadi penganggur ni, bukan memilih pangkat atau nama *waklu!!!




cuma.............




aku bukan la seorang graduan yang SAH! faham tak??! Tak faham??

senang citer, gua tak konvo lagi der--- so, nak apply keje msti la nak tunjuk certificate kita bagai kan. Pada aku sangaatttttt la leceh :P tapi masa kitorg da nak abis practical, ada 1 form tu supervisor tempat praktikal kena tick sama ada nak guna khidmat kita atau tak..tapi aku yang suggest kn kt supervisor aku supaya tick aku tak layak berkerja kat ctu.. hahaha *sgt kejam!! tapi pengalaman yang aku dapat akan aku gunakan sebaik mungkin bila aku sudah dapat keje.....oh yeah!! :)



apa pun kita layan la dulu lagu sudirman ni - Aku Penganggur


video




p/s : walaupun aku penganggur, every month dapat la duit poket sikit sikit ^^ hohoho!!


credit : Youtube (studiokembara22) tqvm!


Feb 27, 2011

Nicholas Spark; Seorang Penulis Novel

As Salam :) ;

Hmm, entri lepas aku ada pung pang pasal movie kan tapi aku lupa nak ckp yang movie tu di adaptasi kan dari seorang penulis novel bernama Nicholas Spark. Aku pn ada la gak simpan buku buku dia ni. Antaranya ialah

---------------------------------------------------------



1. The Choice




2. True Beliver




3. Dear John




4. At First Sight

-----------------------------------------------------------

Kalo di ikut kan banyak sebenar nya buku buku dia ni tapi dalam collection aku hanya ada ini sajo :) tu pn kakak aku yang mengumpul nya tetapi atas dasar baik hati org sekeliling aku, aku dapat la beberapa movie hasil tulisan novel si Nicholas ni. Kalo payah sgt nak abis kan membaca kite tengok je la movie dia, walaupun dalam movie tak la details sgt tapi sekurang kurang nya kita faham apa yang nak di sampaikan si penulis ni. Antara citer citer yang dah di movie kan ialah The Notebook, Dear John, Message in the Bottle dan The Last Song. Yang lain lain aku tak pasti la..kalo aku terlepas pandang, minta maaf ye ^^ tak sengaja.

Jadikan amalan membaca satu amalan yang mulia ye kawan kawan ^^v!! *alasan tak nak membazirkan masa


p/s : on the way tengok movie Message in the Bottle lak hehehehe

credit : google di atas gambar gambar tersebut ^^!



Movie Review: A Walk to Remember


Assalamualaikum dan selamat beristirehat semua ^^!

ok! arini aku cuma nak komen la sikit sikit mengenai movie yang aku layan baru baru ni. Aku tau aku mmg da ketinggalan jauh selama beberapa tahun haha. Movie ni kua tahun 2002 (kalo tak silap la :) ) tapi baru sekarang aku terhegeh hegeh nak download pastu layan sorang sorang :) apa boleh buat, memilih sgt kn. kalo tak ada yang kacak, cantik, romantik dan fantasi sangat, orang hulur pn kita wat dek! *sombong! :P



A Walk to Remember



Sinopsis version aku yang menggunakan bahasa kebangsaan dengan kefahaman aku sendiri :) :-

Jamie Sullivan (Mandy Moore) budak perempuan yang baik dan suci je muka nya ( ini kerana bapa dia seorang pendeta(reverend) di sebuah gereja di kawasan perumahan mereka) manakala Landon Carter (Shane West) budak lelaki yang nakal dan suka melakukan pekara perkara yang melanggar peraturan. Mereka ni da kenal lama tapi tak pernah bertegur sapa :). Oleh sebab satu kemalangan yang tak di sengaja yang di lakukan oleh geng Landon Carter ni terjadi, Landon Carter di hukum dan terpaksa mengikut beberapa aktiviti yang telah di tetap kan oleh pengetua sekolah tersebut. Antaranya ialah mengikuti kelas drama dan dia diberi watak utama dalam drama tersebut dan menjadi tutor pada setiap hari sabtu *ada lagi hukuman nya tapi aku xingat :P. Dari situ la, persahabatan Jamie Sullivan dan Lan don Carter terjadi. Kehadiran Jamie Sullivan sedikit sebanyak mengubah si Landon ni menjadi seorang yang berguna :) dan kehadiran Jamie Sullivan gak membuat kan si Landon mendapat cinta yang sebenarnya. Banyak perkara yang di kongsi bersama sepanjang mereka bersahabat dan Jamie Sullivan mula berterus terang akan penyakit nya pada Landon Carter. Dari saat itu, si Landon cuba menunaikan segala impian Jamie Sullivan dan takdir tidak menyebelahi si Landon kerana Jamie akhirnya mati akibat penyakit tersebut T-T. Walaubagaimana pun, cinta Landon tak kan berubah selama lama nya.


---------------------------------------

Apa yang aku boleh kata kn, jalan cerita dia tak susah nak paham pn cuma kalo feelings sikit memang meleleh r air mata ni haha. Kita mesti berangan angan kalo kita berada di tempat diorang kn..mesti bessssssstt! romantik gtu hehe. Pengorbanan tu penting kn ^^ bak kata peribahasa melayu kita: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih renung renung kan





antara perkara pekara yang hendak di lakukan dalam hidup si Jamie Sullivan ^^


p/s : aku pun sedang mencari cinta lalallalala~

credit : google di atas gambar gambar tersebut ^^